Followers

Sunday 17 April 2016

STROK HABA

Assalammualaikum..

" Hasbunallah wanikmal wakil"
( Cukuplah Allah menjadi Penolong dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Okay,  nak story sedikit lah tentang  bf my adik  yang disyaki strok haba. Bila dapat tahu tu, Ya Allah. sedih yang teramat sampai taktahu nak digambarkan macam mana. Tangan ni sampai menggigil nak type mesej. Everyday dia akan update pasal kesihatan dia . Waktu tuh my adik takda selama 5 hari sebab pergi kem .


11.04.2016
Petang tu dapat tahu dari my adik yang bf dia disyaki strok haba. Sampai tak duduk diam, sampai mengalir air mata bila dapat tahu.Suhu 43 darjah celcius.

12.04.2016
My adik pergi kem selama 5 hari. Bila dah sampai kem apa yang adik dapat ialah 1 mesej dari kawan bf dia "(F) pengsan" . waktu tu my adik takmampu buat apa sebab phone dah kena rampas. Aku dapat text pulak jam 5.40 petang "As-salam, nie kawan (f). (f) pengsan dari pagi tadi. Sekarang masih tak sdrkan diri". Jam 6.07 pulak "(F) baru bangun". Suhu dia waktu tu still 43 darjah celcius. 43 okay, 43. Tahu tak betapa panas nya T_T. Sampai kena bius 4 kali sebab nak suruh tidur. Dia meracau. Mana taknya. bayangkan suhu 43 .Sampai kawan dia chat cakap "Doktor cakap kalau condition masih xstabil kena masuk ICU" . Okay , waktu ni memang air mata laju terus mengalir. Takut, menggigil, semua ada. Mengharapkan keajaiban yang berlaku.

13.04.2016
Jam 3.07 petang, kawan dia chat " kemungkinan (F) kena pakai alat bantuan pernafasan" . Ya Allah, lagi laju air mata mengalir. Adik pulak takda waktu tu. Bila dia dah sedar, dia sendiri text saya mintak maaf kalau taksempat and takmampu nak tahan. Lagi terus macam air sungai air mata ni. Suhu dia waktu ni 39. Dia mengadu cakap tak sanggup macam ni . badan sakit-ii.Wad sentiasa penuh . bayangkan :'(

14.04.2016
Aku tanya dia suhu berapa . then dia jawab suhu naik balik 41 :'(. Dia cakap nak balik rumah malam tu jugak . Sorang sorang naik bas. Dia chat balik kata dah nak gerak time jam 11.03 malam. Hanya mampu doakan dia selamat sampai jela. Jantung ni dupdap dupdap tunggu dia sampai. Then jam 4.32 pagi dia chat kata dah sampai. Alhamdulillah.

15.04.2016
jam 2.16 petang dia bagitahu petang tu nak pergi hospital sebab nak cek darah lagi. Result nya, doktor kata darah okay, dah nak stabil. tapi suhu still 41. takpa lah ., Kasi dia rehat betul betul. jam 1.18 pagi dia chat cakap my adik ada kol tapi xmampu nak cakap sebab langsung taklarat. Lemah. badan pun masih panas.

16.04.2016
Time aku tengah ada kelas, jam 9.07 dia bagitahu nak pergi hospital sebab nak check darah lagi. Resultnya dia cakap dia dah okay, cuma perlu rehat banyak. darah dah ok. cuma antibodi tak stabil. Suhu dah 39. Okay takpa lah, dah lega and dah mampu tersenyum :') my adik pun dah balik dari kem.

17.04.2016
Hari ni bawak adik pergi teman dia jumpa (F). Sebab (F) memang nak sangat jumpa my adik. Mengalir air mata dua-dua bila share story. Alhamdulillah suhu dah 38. Harap cepat sembuh (F) . Hang kuat . aku tahu hang kuat. :') . Kalau tak , takkan sampai doktor pun tak caya macam mana hang boleh kuat tahan sakit. sebab selalu orang yang suhu 39 or 40 dah taktahan dah., dah ICU dah. Terima kasih sebab bertahan. ;')


even tak sihat sepenuhnya, tapi kau kuat :)



Moral : Jaga kesihatan korang, Kalau rasa pening, terus dapatkan rawatan. Minum air banyak. Jangan pandang remeh soal kesihatan. :). 

Tuesday 2 June 2015

. UKHUWAH FILLAH .

.  Assalammualaikum .. Setelah berbulan-bulan tak buka dan menaip dilaman blog ini , hewhew . Banyak yang nak diluahkan dan dikongsikan . now I'm back you oulls . Hihi gediksss :D . Okay la , bila berbicara tentang "Persahabatan" pasti kita semua terbayangkan indahnya persahabatan , manisnya , gembiranya ,  tetapi kita tidak tahu dalam membina ikatan persahabatan itu , banyak benda yang kita kena jaga , tahu dan yang paling utama mesti ada kesabaran , kejujuran , kesetiaan dan kepercayaan . Kadang-kala kita kena pandai mengalah taw dengan kawan-ii apatah lagi dengan family kita sendiri . 


. Bila kita sudah mengenali sikap , hati budi sahabat kita , jangan pula dengan mudahnya kita nak putuskan hubungan persahabatan tu . Tak baik tau . Takut pula menyesal di kemudian hari . Allah dah hadirkan kita sahabat yang baik , kita patut hargai . Bukan senang dan calang-ii orang yang mampu faham kita , sabar dengan karenah kita dan dengar semua masalah kita walaupun benda tu berulang-ulang . Semoga kita sama-ii dapat mengekalkan ukhuwah fillah ini . Amin Ya Rabbal Alamin :) 




ME

. Kadang-kadang , nak sangat luahkan sesuatu yang terungkap dekat sahabat kita , tapi tak termampu . Sebab apa ? sebab takut jadi lain . Walaupun kita nak bagitahu yang kita rindu dengan diri dia yang dulu , yang selalu bagi nasihat , teguran dan semangat . Sampai satu tahap rasa nak rapat balik dengan dia . Sebab apa ? sebab nak kenal hati dia balik , nak ambil hati dia balik . Terlalu rindu sangat . Pernah terfikir , "kau dah bosan dengan aku ? aku ini merimaskan kau ke ? Andai itu yang dirasai oleh kau , aku boleh undur diri . Bukan bermaksud hendak memutuskan ikatan persahabatan ini , tetapi lebih kepada memberikan kau ruang dan ketenangan . Aku masih ada untuk kau . Tak pernah hilang . Kau carilah aku . Kemana sekalipun kita , ukhuwah fillah ini takkan terputus . In Shaa Allah :) " . - CF-






c/p : Jika tidak mampu menjadi lampu , Cukuplah sekadar menjadi pelita menerangi disekeliling . :)

Thursday 25 September 2014

. Friendship

                               
 When I was lonely , I have found something . What is the most important to be your friend . To accompany you , to be side you always , to help you when you make mistake , to share my laugh together with you  and what the most important is to appreciate and love you as my friend . :) 










Saturday 15 March 2014

. Keep Smiling .


. ANA UHIBBUKI FILLAH HATTA FIL JANNAH ABADAN ABADA . :')
. ( Aku mencintaimu hingga ke syurga selama-lamanya kerana Allah ) .

. " Jagalah hubungan kita dengan Allah nescaya hubungan kita dengan manusia  akan terjaga " . . Jangan kerana 1 perkataan , 1 perkara , 1 perbuatan , persahabatan putus . aku taknak benda itu berlaku dalam kalangan sahabatku . Erti persahabatan itu bermakna , Sahabat.  :')


p/s : Aku bukan malaikat . Dia bukan Nabi . Kau bukan Tuhan . Kita cuma manusia biasa . Cukuplah Allah saja yang tahu niat aku . Tak perlulah kau nak tahu . Aku bukan sesetia Khadijah . Aku bukan setaqwa Fatimah . Aku bukan sepintar Aisyah . Aku bukan sehebat Sumaiyah . Aku hanyalah pendosa tanpa noktah .